Wednesday, April 14, 2010

lawak sebentar bersama kitket...

Kubur Cina (seram wuuu)
Ini cerita yang berlaku beberapa tahun lepas. Dua sahabat, Dol dan
Man sedang pulang dari dari kerja pada pukul 2 pagi. Tayar motor
pancit pula di pertengahan jalan. Jadi, terpaksalah mereka sorong.
Sampai di satu simpang, Dol dan Man mengambil jalan pintas.
Mereka berdua sudah tahu bahawa dengan melalui jalan pintas, mereka akan menempun sebuah perkuburan cina. Seram juga dua orang jejaka ini tetapi sengaja sembunyikan ketakutan sambil membuat lawak.
Tiba-tiba terdengar bunyi ketukan pada batu. Bulu roma Dol dan Man
mula menegak.
Kemudian nampaklah bayang-bayang orang sedang mengetuk sesuatu di sebuah kubur.
Rupa-rupanya seorang Cina tua sedang memahat batu kubur.
"Aiya apek, lu apa bikin kerja malam-malam? Bikin orang takut saja.
Esok siang buat la," kata si Dol marah.
"Aiya, itu bodo punya olang aaa, gua punya nama pun talak betul
tulis," kata apek tersebut.

Kereta terkunci!! :
Oleh kerana terlalu gembira, John tertinggal kunci kereta dalam keretanya BMW-nya.
Menyedari kesilapannya John berkata,
“Apa kata kita gunakan penyangkut baju untuk buka pintu kereta?”
“Tak boleh,” jawab Bryan. “Nanti orang fikir kita terlalu bodoh...sampai gunakan penyangkut baju.”
Kemudian John pula berkata, “Ah..aku dapat idea, apa kata kalau kita gunakan pisau,
kita potong getah pintu kereta ini kemudian kita masukkan jari untuk tarik kunci tingkap.”
“Tak boleh, nanti orang fikir kita hendak curi kereta.”
“Bryan!” jerit JOHN. “Kita mesti fikir cepat, hujan dah nak turun...atap kereta terbukak nih!!!!"

Makhamah!! :
Dalam suatu perbicaraan di Mahkamah.. Hakim meminta pesalah berdiri untuk diperdengarkan tuduhan.
"Saudara didakwa membunuh seorang guru dengan menggunakan gergaji" kata hakim.
Dari belakang terdengar seseorang berteriak... "Kurang ajar!!!"
"Bawa bertenang. Ini Mahkahmah!" bentak hakim.
Hakim kemudian membacakan lagi tuduhan...
"Saudara juga didakwa melakukan pembunuhan terhadap seorang penjual akhbar dengan menggunakan pisau..!"
"Celaka!!!" teriak pengunjung tadi.
"Tenang, Bawa tenang!" teriak hakim dengan keras.
"Dan.. saudara juga dituduh melakukan pembunuhan terhadap seorang posmen dengan menggunakan parang..!" kata hakim.
"Keparat!!!" teriak pengunjung tadi tanpa boleh ditahan.
Dengan geram Hakim berkata,
"Jika anda tidak boleh berikan alasan kenapa anda berperangai seperti ini.. saya akan
perintahkan anda di masukkan ke Hospital Bahagia atas kesalahan menghina mahkahmah!"
"Maaf.. Yang Arif..." pengunjung tadi berkata...
"Saya adalah jiran pesalah... sebenarnya setiap kali saya ingin meminjam gergaji, Pisau dan parang... dia selalu cakap... tidak ada!"

No comments:

Post a Comment